Monday, June 14, 2010


Waktu kau masih anak-anak
aku bagai teman sejatimu disenja hari
dengan berlapikkan wuduk kau sentuh aku
dalam keadaan suci kau pegang aku
dan kau baca dengan nyaring dan keras...

Kini kau telak dewasa
dari lirik mata dan hatimu
kau sudah tidak berminat lagi padaku
apakah aku bacaan yang usang bagimu?
yang tinggal sejarah tiap dewasa?

Sekarang kau simpan aku dengan rapi
kau biarkan aku sendiri
aku menjadi kusam dan berdebu diatas rak tua
diratah kutu,dilangkah kucing,dipijak cicak binasa...

Ku mohon...peganglah aku lagi
bacalah aku setiap hari 1/3 malammu...
kerana aku akan menjadi penerang dalam kuburmu...

Friday, November 6, 2009

Anjing Hitam


Ni satu cerita pasal Anjing Hitam lak...Sonia geram betul ngan klik2 anjing hitam ni, da la kamu tu hitam legam pastu suke sangat merayau memalam buta, kalau sekitar rumah dia takpe la jugak ni tak tah kenapa anjing hitam ni semua suka sangat bersantai kat atas jalan raya tah...

nak dijadikan cerita semalam Sonia ngan bos Sonia nak balik dari keje,kami balik lewat sikit sebab ada keje nak dihabiskan, so kami balik naik serupabike la katakan...dalam pukul 8 malam
belum la lewat lagi tapi agak gelap la jugak sesetengah kawasan yg lampu jalannye rosak, sampai satu selekoh Sonia pun amik lap la sikit dengan kelajuan mencecah 80 km per jam.. sesedap Sonia lap kat selekoh tu sampai la sikit zone gelap..mase kat zone gelap tu Sonia jalan tepi aje lah untuk bagi kereta belakang memotong kita...

Tiba-tiba tengah syok bawa serupabike kami tu muncul sekor Anjing Hitam yang tengah terkedek-kedek jalan yang menampakkan bon?&% die tu... dengan tak pasal2 Sonia yang da pro bawa Serupabike tu takdapat nak mengelak Anjing Hitam tu tadi..

Apa lagi kiteorg pun langgar la bon?&% Anjing Hitam tu tadi, nak kata kesian..kesian la jugak,nak dicakap banggang tu Anjing..ape lah yang dia tahu kan... urmmm dalam keadaan cuak meluak2 tu Sonia dengan bos Sonia pun terkejut la dengan tersentak Serupabike kami...

Anjing Hitam tu tadi tercengat2 menjerit melarikan diri, nasib baik lah takder org mase tu
kalau tidak kami da dituduh langgar lari...
tapi kesian gak lah ngan Anjing Hitam tu tadi...

Sampai je kat rumah, kami pun tengoklah serupabike kami yang mahal lagi jitu tu..malang tak berbau langsung bile cover depan serupabike kami pecah n sisi nye retak dan signal serupabike kami pun pecah gak...rase geram pulak muncul kat Anjing Hitam ni...boleh lak die lari camtu je tanpa bayar ganti rugi
huhuhuhuhuhuhuhu

Tapi apakan daya Anjing Hitam tu tak berpelajaran

pengajaran untuk semua supaya berhati-hati bila memandu atau menunggang di waktu malam lagi2 di laluan yang gelap...kebarangkalian risiko untuk melanggar atau dilanggar amat lah tinggi... dan kepada tuan2 yang memiliki Anjing Hitam sila perhatikan pergerakan Anjing anda dan awasinya seperti mana anda awasi anak-anak anda... dalam masa yang sama anda dapat menyelamatkan binatang2 seperti ini dari terseksa... Sonia nak minta diri dulu yea,ada kerja lain nak dibuat...

Heal The Animal

Thursday, November 5, 2009

Layu Di Hembus Bayu



Hidup ni mengajar aku erti kedewasaan, walau pahit walau ape pun kita tetap perlu tempuhi dengan berliku2 ranjau yang berduri...sementelah itu aku jadikan diri aku sebagai uji kaji pada hari2 yang aku lalui, setiap apa yang aku terokai akan aku simpan sebagai kenang-kenangan dan akan aku nilai mana buruk mana baiknya..

walaupun aku tahu diri aku bukan yang dihikmah,ternyata aku ingin menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik...bukan sekali tapi selamanya...tak pernah pun aku minta untuk dilahirkan kedunia ni dengan jalan yang sempurna seperti mana jalan yang dilalui oleh para malaikat...aku sadar hidup aku hanyalah untuk yang esa,tapi aku tidak terlalu bergantung pada doa kerna Dia sendiri mahukan kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita mahu...

dan...dalam perjalanan hidup aku tu pelbagai yang dah aku tempoh dan segalanya bermula dari A.. telah aku lukiskan warna2 hidup aku dengan perjalanan yang dah aku lalui selama ini...






warna yang begitu ceria pastinya setiap makhluk ingin...

tapi....disebalik keceriaan tu tak selamanya warna tu akan di kuasai kita kerna kita ini hanyalah insan biasa...



aku memulakan hidup aku yang terlalu indah sementelah aku dimiliki oleh seseorang yang begitu berharga bagiku,aku lalui jalan2 cinta dengan penuh warna warni yang menyinari di kiri dan kanan aku...aku diciptakan satu tempat yang paling indah di dalam satu kawasan yang tak siapa mampu miliki iaitu di dalam hati dia...

die memberi aku beribu2 ucapan yang tak pernah sekalipun lekang apa lagi luntur dek insan2 lain...dalam ranjau indah itulah dia ciptakan aku sebuah cinta yang begitu agung yang begitu gah untuk aku miliki...

tapi sayang...bila kehadiran insan ketiga dalam hidup nyatanya untuk memilikinya pula...dengan kehadiran insan ketiga aku tak mampu lagi berkata apa kerna dia lebih berhak dari aku diatas segala2nya terhadap dia...

namun dan hakikatnya dia telah lebih awal menaburkan seribu benih2 cinta pada aku supaya kasih dan sayang dia pada aku tidak akan padam walau perpisahan hadir lebih awal dari kebahagian yang belum puas aku dan dia nikmati...aku redha dengan apa yang telah aku miliki dan aku redha dengan apa yang telah aku lalui sepanjang perjalanan hidup antara aku dan dia kerna dia tidak pernah sekalipun mengecewakan aku apalagi menyakiti hati aku dengan sewenangnya...biarpun kini dia telah menjadi milik insan yang lebih berhak dari aku tetapi tidak pernah sekali dia melupakan aku...

dan kini tiada lagi kata-kata indah yang bisa aku dengar darinya,tiada lagi sentuhan manja darinya,tiada lagi belaian yang selama ini aku tagihkan darinya...segalanya hilang begitu saja dan aku berpeleseran bersama rindu yang tak pernah jemu mengunjung aku dipentas gersang...

yang pasti, aku mahu kalian yang mendengar dan melihat ini supaya mengerti segala yang terjadi dan setia pada yang satu mampu merubah segala2nya dengan adanya kepercayaan di balik mata yang kedua....



aku redha, aku tabah dan aku mengalah...

Pelik Ke??????

hi.....
ari ni Sonia nak gembar gembor kan skit la cite psl Sejadah Berdiri ni... Sonia ni tak paham lah kenapa masih ade lagi org melayu kite ni percaya dengan benda2 tahyol camtu??
mungkin la klo kejadian tu pertama kali berlaku insyallah la kalo kite nak percaya pun
itu pun berdasarkan faktor 50/50 je...dulu penah gak Sonia tgk kat Youtube psl Sejadah Berdiri kat mesir ke mana tah..itu Sonia percaya gak coz kes pertama seumpamanya kan...
pastu bile dunia makin canggih, kedai2 mula menjual cctv, pasar malam da ade mula menjual komputer riba maka terciptalah pelbagai andaian mengenai sejadah ni shinggalah kewujudan sejadah berdiri kat negara ni...
mula2 muncul di Pulau Pinang yang mana 2helai sejadah dijumpai sedang berdiri dengan gahnye semualah orang2 kampung,bandar dtg menjengok nak saksikan kejadian pelik tu...
bila da jumpe tu pehhhh semua umat manusia kat negara ni pun jadi aneh percaya,susulan dari peristiwa tu lak muncul la pulak Sejadah Berdiri kat Kedah punya lah dasyatnye sampai berpuluh2 sekali berdiri dan mase tu yang menjadi saksi pertama budak umur 5tahun... ya ALLAH kenapa lah dengan rakyat kat negara ni percaya bebeno dgn kejadian mistik camni...
urmmmm.....heran betul Sonia dgn mereka2 ni...

yang pelik yang benarnye sampai Tok Imam yg kuat dgn pegangan agama tu pun leh taksub dengan kejadian tu... subhanallaah...
tak cukup dengan muncul kat dua negeri tu muncul pulak kat Kelantan yang mana negeri yang digelar sebagai Serambi Mekah, kat sane pun ade gak yang masih mempercayainya...

susah betul lah mereka2 ni...
yang terbaru Sonia dapat tau kisah Sejadah Berdiri ni muncul di surau Taman Kastam 3, di Padang Besar Perlis...
kali ni mereka2 ni siap beritahu dapat melihat Sejadah Berdiri berdiri dengan ada sehelai lagi sejadah yang on the way turun untuk mengikut sejadah2 lain tu berdiri...mereka2 ni saksikan sekali sejadah tu turun dari rak dengan sendirinye dan selepas sejadah tu terhidu kehadiran orang sejadah tu secara automatiknya berhenti dan terhenti dalam keadaan tergantung je,yang ngok nye kenapalah mereka2 ni nak thegeh2 angkat balik sejadah tu,biarkan je lah sekurang2nya boleh jadi bukti kepada umum bahaya sejadah tu tengah tergantung... kalo betul la sejadah tu berjalan sendiri n mereka2 ni nak bagi Sonia ni percaya tak banyak sikit pun jadilah kan dari tak percaya langsung hah biorkan je sejadah tu tergantung n jangan di angkat kemudian pergilah panggil reporter2 seantero dunia supaya mereka boleh hebahkan yang kejadian tu benar2 terjadi...
tapi sayang mereka2 ni tak mampu nak lakukan semua tu...Sonia cadangkan lah ye
skang ni kan dunia semakin canggih
cctv pun da terjual dimana2 saja dengan harga yang berpatutan,hah pada mereka yang nak lihat sendiri kejadian "mistik" yang didakwa benar tu jadi hah kamu bantu lah surau tu pasang cctv sekaligus dapat membuat amal jariah dengan membantu rumah2 ibadat orang islam dari dimasuki pencuri2 yang menjadikan surau dan masjid sebagai sasaran...

Bukan nak hentam bukan nak ape cume diharapkan sangat lah rakyat MALAYSIA ni yang bijak dan pandai menilai sesuatu tu secara logik, hidup ni kene fleksible jangan terlalu percaya jangan langsung tak percaya...
andaian2 tu semua senanya da terjadi dari zaman tok moyang kita lagi cuma malangnya dizaman mereka tu belum ada kecanggihan lagi dan pelajaran mereka setakat mana saja utk mereka menilai dan menguji secara logik atau fizik...kesianlah kat anak2 kita yang mendatang sebab mereka ni lah akan mencorakkan negara pada masa akan datang...kalo sekarang ni kepala mereka dah diracuni dengan perkara2 karut apa lagi dimasa akan datang...sah2lah negara jadi huru hara disebabkan kejadian sekarang ni...

belajarlah dari pengalaman....

NEGERI SEMBILAN vs KELANTAN

Seingat aku kali terakhir Negeri Sembilan memiliki juara Piala Malaysia pada tahun 1948 ketika zaman Perang Dunia Kedua lagi...kirenye da lame la jugak kan...dan sekarang ni sekali lagi Negeri Sembilan negeri kebanggaan den dapat masuk ke final yang mana akan menentang negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Negeri Kelantan.. Walau macam mane pun den totap bebangge dgn Negeri Sembilan sobab bjaya sampai ke peringkat akhir...
cube bace sikit perkenalan mengenai skuad Hoben Jang Hoben ni



Negeri Sembilan FA merupakan salah sebuah pasukan bolasepak di Malaysia. Pasukan ni diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS). Ketika ni pasukan ni merupakan salah satu pasukan dalam Liga Super, iaitu liga tahap teratas Liga Malaysia Sejarah bolasapak Negeri Sembilan dikenalpasti bermula pada tahun 1923, ia bdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bolasepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemuramah, seingat beliau perlawanan Piala Malaya (nama baru Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan menentang Singapura pada tahun tersebut.· Presiden PBNS – Dato’ Wan Salaidin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjadi presiden PBNS semasa Dato’ Mansor Othman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat PBNS semasa itu ialah En. Ramalingam. Pejabat PBNS pada masa itu adalah di pejabat En. Ramalingam di Paul Street.· Dato Rais Yatim menjadi Menteri Besar menggantikan Dato Mansor Othman. Seterusnya perlembagaan PBNS di tukar dengan membenarkan hanya MB menjadi presiden PBNS sehingga sekarang. Sebelum ini jawatan Presiden dipilih melalui mesyuarat agung PBNS. Pejabat PBNS pada masa itu terletak di tingkat atas Bangunan Poliklinik Rakyat, Bandar Seremban.· 1982 – Dato Mohd Isa Samad, Menteri Besar ketika itu telah memegang jawatan presiden PBNS selama 22 tahun. Setiausaha kehormat ialah Dato Abdullah Sani Abd Hamid yang menggantikan Kapt. Hadi. Bangunan PBNS telah dibina setinggi tiga tingkat di Medan Rahang, Seremban di atas tanah PBNS pada tahun 1992.· 2004 – Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Samad memegang jawatan presiden PBNS. Dalam mesyuarat agung PBNS, En. Abd. Halim Abd. Latif dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat menggantikan Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid yang dinaikkan pangkat memegang jawatan Timbalan Presiden PBNS.
Nama penuh: Football Association of Negeri Sembilan
Gelaran: The Deer
Ditubuhkan:Lokasi: Tuanku Abdul Rahman Stadium Seremban, Malaysia (Kapasiti 30,000)Pengurus: Wan Jamak Wan HassanLiga: Liga Super Malaysia2006-07 ke-11Rekod
* Piala Malaysia Naib Juara (2): 2000, 2006
* Piala HMS Malaya Juara (1): 1948
* Liga SuperJuara (1): 2006Naib Juara (1): 2008
* Divisyen 1 atau Perdana 1Juara (1): 1991
* Piala FA MalaysiaJuara (1): 2003
* Liga Perdana, Divisyen 2
Perdana 2Naib Juara (1): 2004


kepada skuad Negeri Sembilan, aku ucapkan semoga berjaya ya... jangan lepaskan peluang yang yang ada...
JANGAN LUPA SAKSIKAN PERLAWANAN AKHIR ANTARA NEGERI SEMBILAN(negeri den) MENENTANG KELANTAN PADA 7NOV JAM 8.45 MALAM DI STADIUM BUKIT JALIL

Wednesday, November 4, 2009

Kambing Hitam!!!




hi....

kadang-kadang hidup ni mcm kambing hitam gak,kadang-kadang mcm arnab pun ade tapi tu lah hakikatnya tak tau mana arah bile fikiran da mula kosong...
aku ni senanye sakit ati gak ngn sekor kambing ni..da dekat 2minggu aku tak cuti2 lg..bkn sbb ape, sbbnye satu je kambing ni memilih sgt nak cari pekerja...da la kiteorg kat sni jd cam banggang wat kje telebih amal...
nak di jadikan cite aku da muka fedup la menunggu camni...
urmmm....klo ikutkan ati mmng da lame aku blah da,tp pkirkan malas nak cr kje lain dlu tpakse la duduk sni dlu...
apepun mmng la best kje sni
walaupun dgn prangai si kambing ni camni tp syok
huhuhuhuu

Memperkenalkan watak baru


salam seMALAYSIA smua...hari ni aku nak bgtau kat semua yang aku nak kenalkan kat korang seorang yang sangat2 aku percayai utk menceritakan cerita2 best2 kat korang
kiranya die ni la yg jadi assistant aku dlm memonopoli citer2 best la kot...name diekan MEGAWATI SONIA BINTI MEGAT SAMSONG(bukan nama sebenar) atau lebih dikenali dgn SONIA..die ni akan utuskan ape2 je cite menarik,terbaru utk dijadikan tatapan korang yang membaca...kalau tak caye tunggulah nanti yea...